| | |
Kali ini saya akan kongsikan cara-cara untuk menukar minyak enjin (motor oil). Saya ambil contoh kereta Proton Saga 1.5I. Ini adalah cara yang paling asas. 1. Pastikan kita menggunakan peralatan keselamatan seperti glove, triangle stand dan jack. JACK - Pastikan kita jack pada bahagian "tetulang" seperti gambar ![]() STAND - letakkan jack ini pada bahagian tetulang ![]() GLOVE - sebagai pelindung kepada tangan/jari ![]() ![]() 2. Buka nut untuk motor oil pan. Gunakan spanar yg bersesuaian (saiz yg betul) ![]() 3. Periksa Nut oil pan - pastikan nut tidak loose ![]() 4. Periksas nut washer - pastikan washer masih elok. Pastikan jenis washer samada kuprum atau aluminium ![]() 5. Bukalah oil filter - Buka=counterclockwise, Ketatkan=Clockwise. Gunakan pembuka khas. Saya gunakan yg mcm ini ![]() ![]() 6. Tukar oil filter - sapukan sedikit minyak pada oli filter seal ![]() 7. Buka penutup minyak enjin serta penutup penapis udara ![]() 8. Tukar penapis udara (sekiranya kotor) | |
9. Tuang minyak enjin baru - setelah oil filter dan oil pan nut diketatkan.
Saya gunakan minyak mineral multigrade Castrol 20W/50. Saya gunakan corong botol sebagai funnel
10. Periksa level minyak enjin
Periksalah level minyak enjin. Pastikan ianya tidak terlebih paras maksimum dan tidak terkurang paras minimum. Seelok-elok paras ialah 3/4 bar min - max.

























